DATIN Seri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’.
Mana tidaknya, sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.
Walau tidak selalu menemani Datuk Seri Ismail Sabri, namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercinta.
Ini dibuktikan melalui perkongsian gambar di media sosial milik Datuk Seri Ismail Sabri dan anak-anak mereka sendiri.
Selesa hanya berada ‘di belakang tabir’, sokongan dan kasih sayang Datin Seri Muhaini terhadap suami, anak-anak, menantu dan cucu tidak berbelah bahagi.
Ada sahaja sesuatu sambutan, tidak kira ketika Hari Raya, Hari Bapa mahupun ulang tahun kelahiran.. pasti sekeluarga ini akan berkumpul.
Pada Jumaat, wajah Datin Seri Muhaini menarik perhatian apabila foto terkini yang dikongsikan Datuk Seri Ismail Sabri menjadi viral di media sosial.
Memuat naik gambar bersama isteri tercinta berserta kapsyen, “Baru nak 'breakfast' berdua… Si Oyen ni nak 'join' jugak,” entri terbaharu itu nyata mencuit tumpuan ramai.
Kebanyakan komen yang ditinggalkan followers Datuk Seri Ismail Sabri mengagumi keakraban pasangan suami isteri itu.
Mengimbas perkahwinan Datuk Seri Ismail Sabri, beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Muhaini pada tahun 1986.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak; seorang perempuan dan tiga lelaki iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.
Anak sulung, Datin Nina Sabrina merupakan isteri kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie.
Manakala Gaddafi atau lebih dikenali sebagai Dafi pula ialah penyanyi dan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF).
Datuk Seri Ismail Sabri yang dilahirkan pada 18 Januari 1960 dan kini berusia 61 tahun.
Beliau memulakan karier sebagai peguam sebelum menceburi bidang politik pada tahun 1987.
Sepanjang lebih 30 tahun berada dalam arena politik tanah air, Datuk Seri Ismail Sabri pernah menyandang beberapa jawatan Menteri Kabinet antaranya Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Menteri Pertahanan.
Pada 7 Julai lalu, Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri namun melepaskan jawatan tersebut pada 16 Ogos 2021 selepas Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan Perdana Menteri Ke-8.
*Artikel asal di Nona
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Nona
Sun Aug 22 2021
Selesa hanya berada di belakang tabir, sokongan dan kasih sayang Datin Seri Muhaini terhadap suami, anak-anak, menantu dan cucu tidak berbelah bahagi. -Foto Nona
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
PRU15: Muhaini turun padang bantu kempen Ismail Sabri
Datin Seri Muhaini Zainal Abidin turun padang menyantuni penduduk FELDA Tembangau Dua di sini hari ini, bagi memberi sokongan kepada suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkempen.
PRU15: "Doa saya semoga suami dapat terus berbakti kepada rakyat" - Muhaini
Muhaini harap Perdana Menteri akan kekal di Bera pada PRU15.
Ismail Sabri tak cerewet soal makan - Isteri
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyifatkan suaminya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai seorang yang tidak cerewet dalam memilih makanan.
PM Ismail Sabri raikan Aidilfitri bersama Keluarga Malaysia di Tokyo
Pada majlis itu, Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyantuni para tetamu serta bergambar dengan mereka.
Isteri Perdana Menteri turun padang lawat mangsa banjir
Muhaini dan anak sulungnya Nina Sabrina yang hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa banjir.
"Terima kasih Ni sebab sentiasa ada di sisi Sabri" - Nota penghargaan PM buat isteri
Muhaini disifatkan Ismail Sabri sebagai seorang wanita yang sangat sederhana dan kurang gemar menjadi perhatian lensa kamera.
Raut wajah lembut dan 'low profile', Datin Seri Muhaini isteri tercinta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.